ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 127. Kegagalan mematuhi syarat-syarat bon.

(1) Jika Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan pesalah itu berhubung dengan kesalahan asalnya atau mana-mana Mahkamah berpuashati bahawa pesalah itu telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia boleh mengeluarkan satu waran bagi menangkapnya.

(2) Mana-mana pesalah bila ditangkap atas waran di bawah satu subseksyen (1) hendaklah, jika tidak dibawa dengan segera kehadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan Hakim, dan Hakim tersebut boleh sama ada menahannya dengan waran sehingga masa di mana ia dikehendaki oleh jaminannya supaya hadir bagi menerima hukuman, atau sehingga Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan asalnya itu bersidang, atau boleh membenarkan ia mengikat jamin dengan penjamin yang cukup, dengan syarat ia hadir bagi dijatuhkan hukuman.

(3) Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, boleh dimasukkan ke penjara dan waran penahanannya hendaklah memerintahkan supaya ia dibawa ke hadapan Mahkamah di mana ia dikehendaki hadir bagi menerima hukuman atau menjawab tentang kelakuannya semenjak ia dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.