ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa dan anak.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan seorang isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai shahadah atau baiyyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya atau keterangan ibubapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai shahadah atau baiyyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai baiyyinah.

(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anaknya bagi ibubapanya boleh diterima sebagai baiyyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.