ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 49. Bukti penyampaian.

(1) Penyampaian saman atau apa-apa dokumen boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan selainnya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan, jika penyampaian itu adalah ke diri dan orang itu tidak dikenalinya, afidavit itu hendaklah mengandungi butir-butir diri orang yang mengecamkan orang yang kepadanya saman atau dokumen itu disampaikan.

(2) Orang yang kepadanya dokumen itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketakupayaannya menandatangani tidak akan menjejaskan kesahan penyampaian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.