ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan.

(1) Tiada seorang perempuan pun boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu seorang janda—
(3) Jika perempuan itu mendakwa dia telah bercerai sebelum dia disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin dengan mana-mana orang selain suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(4) jika perempuan itu ialah seorang balu—




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.