ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 72. Penubuhan Baitulmal.

(1) Satu kumpulan wang yang akan dinamakan Baitulmal hendaklah ditubuhkan. Kumpulan wang itu hendaklah mengandungi semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang mengikut Hukum Syara' atau menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terakru atau disumbangkan atau boleh dibayar oleh mana-mana orang kepada Baitulmal.

(2) Baitulmal hendaklah mempunyai akaun-akaun berasingan seperti berikut-
(3) Semua wang dan harta Baitulmal hendaklah terletakhak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkannya mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset (wang atau harta) yang terletakhak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan dan dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuatkuasa bagi pelaburan kumpulan-kumpulan wang amanah.

(4) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, Majlis dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membuat kaedah-kaedah bagi pemungutan, pentadbiran, pembahagian dan pelupusan semua wang dan harta Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.