ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 245. Hukum Syarak

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tidak selaras dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat ketidakselarasan itu.

(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.