ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 94. Bila orang-orang boleh dituduh bersama.

Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalah yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama atau apabila seseorang dituduh kerana melakukan kesalahan dan yang lain dituduh bersubahat atau mencuba melakukan kesalahan yang sama itu, maka mereka boleh dituduh dan dibicarakan bersama-sama atau berasingan sebagaimana difikir patut oleh Mahkamah, dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam bahagian yang terdahulu dalam Bab ini hendaklah dipakai kepada semua pertuduhan-pertuduhan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.