ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 15. Setiausaha.

(1) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha bagi Majlis yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.