ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 12. Pendaftaran.

(1) Tertakluk kepada seksyen kecil (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut Peruntukan-Peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Islam yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.