ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)
BAHAGIAN VI - MASJID
Seksyen 89. Jawatankuasa Masjid.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi-
(a)
penubuhan jawantankuasa Masjid bagi sesuatu mukim masjid;
(b)
menetapkan cara bagaimana anggota jawatankuasa Masjid itu hendak dilantik; dan
(c)
menetapkan fungsi-fungsi jawatankuasa masjid itu.
(2) Jawatankuasa Masjid bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah-
(a)
bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid;
(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak qaryah dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(c)
memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam mukim masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.