ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VI - MUALLAF



Seksyen 103. Kenyataan masuk dan keluar dari Islam.


(1) Seseorang Islam atau mana-mana badan Islam yang memasukkan mana-mana orang ke Ugama Islam hendaklah dengan serta merta memberi kenyataan berkenaan kemasukkan itu kepada Kadi. Apakala pihak Kadi telah puashati bahawa orang yang masuk Islam itu layak berbuat demikian, maka Kadi itu hendaklah memaklumkan kepada Yang di-Pertua akan perkara itu dan Yang di-Pertua tertakluk kepada seksyen 101 hendaklah mendaftarkan orang-orang itu sebagai orang Islam dan mengeluarkan surat akuan baginya.

(2) Mana-mana orang yang telah memeluk Ugama Islam menurut Bahagian ini keluar daripada Ugama itu maka ia hendaklah melaporkan kepada Mahkamah akan keputusannya itu dan Yang di-Pertua hendaklah mendaftarkan perkara itu. Sebelum keputusannya dilaporkan dan didaftarkan maka ia hendaklah dianggap masih dalam berugama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.