ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 175. Kebenaran untuk pihak-pihak untuk hadir.

Tiada pihak tidak mempunyai apa-apa hak untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui Peguam Syarienya di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah sewaktu menjalankan kuasa penyemakannya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasa itu mendengar mana-mana orang, sama ada secara sendiri atau melalui Peguam Syarienya dan tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh dianggap menyentuh subseksyen (2) seksyen 174.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.