ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Seksyen 103. Bank-bank.
(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana bank yang sesuai dan bolehlah mengendalikan akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.
(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis bagi amaun-amaun yang melebihi dua ratus ringgit hendaklah diperbuat dengan cek. Semua wang-wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis.
(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha atau Yang di-Pertua atau mana-mana ahli Majlis yang diberi kuasa oleh Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.