ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Seksyen 79. Bagaimana hak penjagaan hilang
Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang-
(a)
jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(b)
jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c)
jika perempuan itu menukar permastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d)
jika perempuan itu murtad; atau
(e)
jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.