ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 77. Memikat atau membawa pergi atau menahan dengan niat jahat perempuan bersuami atau anak dara.

Mana-mana orang yang membawa atau memikat pergi seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui, atau ada sebab mempercayai, sebagai isteri seseorang lelaki lain, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki itu, atau mana-mana anak dara dari penjagaan ibubapanya atau penjaganya yang sah, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan haram dengan mana-mana orang, atau menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu, atau untuk apa-apa tujuan lain adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.