ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
BAHAGIAN IV - PENDAFTAR SEKOLAH ISLAM
Seksyen 15. Pembatalan pendaftaran.
(1) Pendaftar hendaklah memberi tahu Jemaah tentang apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya membuat sesuatu untuk mematuhi syarat-syarat itu.
(2) Kegagalan mematuhi arahan-arahan itu boleh menyebabkan terbatalnya suratcara itu dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.
(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati ketidakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.