ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 136. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Kanun ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak berkenaan sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.