ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya dan keterangan ibubapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibubapanya boleh diterima sebagai bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.