ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 62. Menyubahati dalam Negeri kesalahan di luar Negeri.

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan mengikut pengertian Enakmen ini jika dia, dalam Negeri Perak Darul Ridzuan menyubahati sesuatu perbuatan yang dilakukan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan yang boleh menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.