ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 39. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada -
(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen 1982, hendaklah disifatkan sebagai telah dipilih atau dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan hendaklah terus menjadi ahli sehingga tamat tempoh perlantikannya.

(4) Pengerusi dan dua orang ahli Jawatankuasa yang lain, seorang daripadanya bukan ahli Majlis, hendaklah menjadi kuorum.

(5) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 36, dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan persoalan yang hendak diberi fatwa itu.

(6) Jawatankuasa hendaklah menimbangkan cadangan tersebut dan hendaklah, melainkan pada pandangan Jawatankuasa persoalan yang dirujukkan itu adalah remeh atau atas sebab-sebab lain tidak sepatutnya diputuskan, menyediakan satu draf fatwa mengenainya dan jika draf fatwa itu diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa, Mufti boleh membuat fatwa menurut seksyen 36.

(7) Sebelum Mufti bercadang membuat fatwa, dia boleh mengarahkan suatu kajian atau penyelidikan dibuat dan kertas kerja disediakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.