ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK
Seksyen 7. Kuasa Majlis dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan orang Islam.
(1)
Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menganjur, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam dalam Negeri Perak Darul Ridzuan selaras dengan Hukum Syara;
(2)
Bagi maksud subseksyen
(1)
Majlis adalah diberi kuasa-
(a)
menjalankan segala aktiviti pembangunan, usaha-usaha perdagangan dan perindustrian serta penyelidikan dan latihan dimana difikirkan perlu, berfaedah atau memberi kemudahan, termasuk aktiviti-aktiviti pembuatan, pemasangan, pemprosesan, pembungkusan, pengredan dan pemasaran;
(b)
memajukan mana-mana aktiviti seumpama itu yang dijalankan oleh lain-lain badan atau orang dengan cara menubuh, membesarkan atau memajukan penubuhan atau pembesaran lain-lain badan untuk menjalankan aktiviti tersebut sama ada di bawah kelolaan atau separuh kelolaan Majlis atau dengan bersendirian dan memberikan bantuan kepada badan itu atau lain-lain badan atau orang yang pada pendapat Majlis mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan dengan cara membeli syer, memberi pinjaman atau dengan lain-lain cara;
(c)
menjalankan aktiviti seumpama itu bersama dengan lain-lain badan atau orang termasuk jabatan-jabatan atau perbadanan-perbadanan Kerajaan atau sebagai ejen pengurus bagi pihaknya atau sebaliknya;
(d)
membeli, menanggung atau dengan cara lain memperolehi sebarang saham atau syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian dan melupuskan saham atau syer itu mengikut syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis;
(e)
menubuh dan menyelenggara institusi-institusi penyelidikan, latihan, kebajikan dan perlindungan;
(f)
tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, meminjam wang atau membuat suatu gerenti melibatkan tanggungan kewangan;
(g)
untuk menggadai atau mencagar sebagai menjamin pembayaran apa-apa wang yang dipinjam olehnya apa-apa harta yang terletakhak kepada Majlis atau apa-apa pendapatan yang boleh diterima oleh Majlis menurut Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
(h)
melakukan apa-apa jua yang difikirkan wajar dan boleh memberi munafaat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.