ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 122. Kuasa Hakim menanya soalan atau memerintah pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti yang sepatutnya mengenai fakta-fakta yang relevan, menanya apa-apa soalan yang dia suka, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, pada mana-mana saksi atau pihak, darihal apa-apa fakta sama ada yang relevan atau tidak; dan boleh memerintah supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan tiada pihak mahupun wakilnya berhak mcmbuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan atau perintah itu atau berhak, tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman mestilah berasaskan fakta-fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai relevan dan dibuktikan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.