ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 12. Perkahwinan seseorang perempuan.

(1) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-




(c) Jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah bersetubuh dengan suaminya yang baru itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah, dan setelah habis 'iddah nya.

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa 'iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.