ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VII - INTERPLIDER (SYURAKA')



Seksyen 58. Tuntutan mendapatkan wang, barangan, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan.

(1) Mana-mana orang yang membuat suatu tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barangan atau lain-lain harta alih yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan suatu penghakiman atau hasil atau nilai apa-apa harta sedemikian, mestilah memberi notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan penghakiman itu dan mestilah memasukkan dalam notis itu alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat penyampaian kepadanya.

(2) Sebaik sahaja menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif mestilah serta merta memberi notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada dain pelaksanaan dan dain pelaksanaan itu mestilah, dalam masa 4 hari selepas menerima notis itu, memberi notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.

(3) Jika-

bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk relief di bawah Bahagian ini.

(4) Bailif yang menerima notis daripada dain pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barangan atau lain-lain harta alih yang dituntut itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.