ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 1 - MAKLUMAT KEPADA HAKIM DAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
Seksyen 8. Bila orang awam mesti membantu Hakim, dll.
Tiap-tiap orang mestilah membantu seorang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, jika mereka itu secara munasabah meminta bantuan-
(
a
) dalam menangkap atau menahan daripada melarikan diri mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu berkuasa untuk menangkap; atau
(
b
) dalam mencegah sesuatu pecah keamanan yang berbangkit daripada tindakan untuk menangkap dan menahan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.