ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PELUPUSAN BARANG KES DAN HARTA YANG TERLIBAT DENGAN KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 204. Mahkamah hendaklah menimbangkan cara pelupusan barang-barang kes.

(1) Apabila tamat mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah cara menimbangkan cara mana barang-barang kes hendak dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah untuk maksud itu mengikut undang-undang.

(2) Sekiranya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melupuskan barang-barang kes itu, barang-barang kes itu hendaklah diserahkan kepada Pendakwa Syarie yang berkuasa di dalam prosiding itu dan boleh diuruskan oleh Pendakwa Syarie mengikut peruntukan-peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika Pendakwa Syarie pada bila-bila masa ragu-ragu di atas cara yang sesuai untuk melupuskan mana-mana barang kes, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes dan Pendakwa Syarie enggan menyerahkannya, Pendakwa Syarie atau orang tersebut boleh memohon kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat apa-apa perintah mengenai pelupusan barang kes itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.