ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 176. Kuasa untuk meremitkan hukuman.

Apabila mana-mana Mahkamah, di bawah seksyen 173, telah menghukum seseorang pesalah kerana keengganan atau peninggalannya melakukan sesuatu yang dia dikehendaki melakukan di bawah undang-undang atau kerana dengan sengaja menghina atau mengganggu, Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, melepaskan pesalah itu atau meremitkan hukuman itu apabila orang itu telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia telah meminta maaf dengan memuaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.