ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 6. Jemaah Pengurusan adalah tertakluk kepada kawalan Pendaftar.

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannya menjadi anggota Jemaah itu dan jika Jemaah gagal berbuat demikian Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain untuk menjadi anggota Jemaah.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah Pengurusan bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah mengarahkan Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima arahan itu Jemaah hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.

(3) Jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2) maka Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikannya.

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barang berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Agama kepada anggota-anggota Jemaah yang ada sekarang.

(5) Mana-mana orang yang telah dipecatkan atau berhenti menjadi anggota Jemaah-

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit dan dalam hal kesalahan di bawah perenggan (b), denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.