ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 9. Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakan tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi menahan lain-lain kerosakan.

Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan semata-mata oleh sebab ia dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan, jika sekiranya ia dilakukan dengan tiada apa-apa niat jenayah hendak menyebab kerosakan itu, dan dengan suci hati bagi maksud menahan atau mengelakkan lain-lain kerosakan kepada orang atau harta.


Huraian - Adalah menjadi suatu persoalan fakta dalam sesuatu kes itu sama ada kerosakan yang hendak ditahan atau dielakkan itu sedemikian keadaannya dan sebegitu hampir hingga boleh dijustifikasikan atau memaafkan kemungkinan bahaya melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan.

MISALAN

A., dalam suatu kebakaran besar, meruntuhkan rumah-rumah bagi menahan api itu daripada merebak. Ia berbuat demikian dengan niat, dengan suci hati, hendak menyelamatkan nyawa manusia atau harta. Di sini, sekiranya didapati bahawa kerosakan yang hendak ditahan itu sedemikian keadaannya dan sebegitu hampir hingga boleh memaafkan perbuatan A. itu, maka A. tidaklah melakukan kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.