ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Fasal 90. Perletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis.

(1) Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 89 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, dan, dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr ‘am atau amanah yang menyentuh harta itu.

(2) Tiap-tiap hujjah dan wasiat hendaklah diperbuat di hadapan Nazir Wakaf Daerah, atau disaksikan oleh dua orang yang berkelayakan mengikut hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.