ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 109. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

(1) Seorang lelaki yang bernikah di mana-mana juapun sama ada di dalam atau di luar Malaysia dalam pernikahannya yang sedia ada masih berkuatkuasa tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Mahkamah Kadi adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini dan boleh, apabila, dithabitkan dikenakan denda tidak melebihi daripada lima ratus ringgit.

(2) Mahkamah boleh sebagai tambahan kepada hukuman di atas, memerintahkan pesalah membayar pampasan atau apa-apa bayaran yang masih terhutang oleh pesalah kepada isteri atau isteri-isterinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.