ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 45. Penjawat awam menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah.

Sesiapa, yang menjadi seorang penjawat awam, yang bermaksud hendak memudahkan atau yang ketahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu memudahkan, berlakunya sesuatu kesalahan yang mana adalah kewajipannya sebagai penjawat awam itu mencegah, dengan sengaja menyembunyikan, dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang, adanya sesuatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau membuat apa-apa pernyataan yang ia ketahui sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu, hendaklah, jika kesalahan itu dilakukan, dihukum dengan penjara bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai setengah daripada tempoh penjara itu yang lama sekali, atau denda sebagaimana bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya; atau jika kesalahan itu tidak dilakukan, hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai seperempat daripada tempoh penjara itu yang lama sekali, atau dengan denda sebagaimana bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN

A
., seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, yang terpaksa di sisi undang-undang memberi maklumat mengenai segala rancangan hendak melakukan kesalahan penjualan arak yang sampai kepada pengetahuannya, dan yang ketahui bahawa B. adalah merancang hendak melakukan perkara yang sama, meninggalkan daripada memberi maklumat itu, dengan niat hendak memudahkan kesalahan itu dilakukan. Di sini, dengan suatu ketinggalan yang menyalahi undang-undang, A. telah menyembunyikan adanya rancangan B., dan ia boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.