ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 38. Permintaan pendapat Mufti oleh Mahkamah.

Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syara' di dalam mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah sesuatu soalan Hukum Syara' patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta Mufti memberi pendapat bertulis mengenai soalan itu, dan Mufti boleh memberi atau mengesahkan pendapatnya kepada mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.