Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VIII
Seksyen 39. Jenis-Jenis Kecederaan Badan.
Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut:
(
a
)
itlaf-al-udhw
(menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan);
(
b
)
itlaf-solahiyyatu-al-udhw
(menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan, atau merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya);
(
c
)
syajjah
(menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif
itlaf-al-udhw
atau
itlaf-solahiyyatu-al-udhw
);
(
d
)
jurh
(menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepala dan muka yang mana luka itu meninggalkan suatu tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan
(
e
) kesemua kecederaan badan yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.