ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 34. Kesan pendaftaran di sisi undang-undang

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan sah atau tidak sah mana-mana perkahwinan semata-mata oleh sebab perkahwinan itu telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang, sebaliknya, adalah tidak sah atau sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.