ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 183. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan-kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya.

Kecuali seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 177 dan 181, tiada Hakim boleh membicarakan mana-mana orang atas mana-mana kesalahan jika kesalahan itu dilakukan di hadapannya atau yang merupakan penghinaan terhadap kuasanya, atau yang dilakukan dengan pengetahuannya semasa dalam sesuatu prosiding kehakiman.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.