ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 113. Menahan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri Mahkamah, walaupun tidak di bawah tangkapan atau atas satu saman, boleh ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan memeriksa mana-mana kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh mengambil ketahui dan yang mana, daripada keterangan, dia didapati telah melakukannya, dan boleh meneruskan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah dimulakan, prosiding berkaitan orang itu hendaklah dimulakan semula secara baru dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula.







Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.