ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 12. Pendaftaran.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Agama melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Agama yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini berkuatkuasa, hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.