ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT
Seksyen 61. Tiada apa-apa dorongan boleh ditawarkan.
(1) Tidaklah boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan bagi mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan yang ada rujukan kepada pertuduhan terhadap orang itu.
(2) Tidaklah boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain menahan atau menghalang dengan apa-apa amaran atau selainnya mana-mana orang daripada membuat apa-apa pernyataan dalam masa menjalankan penyiasatan di bawah Bab ini yang dia mungkin bersedia membuat mengikut kehendak hatinya sendiri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.