ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 247. Salinan diperakukan dan dokumen hilang.

(1) Pendaftar boleh, dengan alasan yang munasabah membekalkan mana-mana orang dengan apa-apa salinan dokumen (yang diperakukan dan dengan izin Mahkamah dengan) apa-apa salinan nota keterangan yang diperakui.

(2) Mahkamah boleh, jika dibuktikan kehilangan mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah, memerintah dibekalkan salinannya mengikut syarat yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.