ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 24. Aturan urusan mesyuarat

(1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan ahli-ahli Majlis untuk berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana ahli berhenti berucap dalam mesyuarat.

(3) Jika di atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.