ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 81. Beban membuktikan tentang pemunyaan.

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang adalah pemunya apa-apa benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya benda itu adalah terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.