ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 131. Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.

Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan cuba menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum pemenjaran selama tempoh tidak melebihi setahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.