ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 214. Kumpulan wang tak dituntut.

(1) Kumpulanwang dan wang di dalam Mahkamah yang tidak dituntut selepas enam tahun hendaklah kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan yang ditangguh terhadapnya oleh seorang yang belum dewasa atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap wang atau kumpulanwang ini selepas dari itu Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya membayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada pihak menuntut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.