ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI
Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian.
Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan adanya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am di dalam mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau syarat yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu adalah terletak atasnya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.
MISALAN
(a) A
dituduh bersekedudukan dengan
B.
Pendakwa membawa keterangan bahawa
A
telah pun menceraikan
B
isterinya.
A
mendakwa bahawa ia dipaksa menceraikan isterinya.
Beban membuktikan bahawa ia dipaksa itu terletak atas
A.
(b) C
dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan
D. C
mendakwa bahawa ia telah bernikah dengan
D
di negara asing.
Beban membukti pernikahan itu terletak ke atas
C.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.