ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 84. Menutup dan merobohkan masjid.

Majlis bolehlah, dengan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, atas sebab-sebab yang munasabah, menutup dan merobohkan mana-mana bangunan masjid dan bolehlah, jika sebuah masjid telahpun dirobohkan serta tidak ada lagi cadangan mendirikan bangunan masjid lain di atas tapak itu dan ianya tidak lagi sesuai untuk lain-lain maksud agama mengikut Hukum Syarak, menjual, memajak, mencagar atau menggunakan tapak itu dengan apa cara yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan pendapatannya itu hendaklah digunakan bagi membina, menjaga atau membaiki masjid dan bukan untuk tujuan-tujuan lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.