ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 209. Ketinggalan untuk merangka pertuduhan.

(1) Tiada sesuatu pendapat atau hukuman yang dibuat atau dijatuhkan boleh dianggap tidak sah hanya atas alasan bahawa tidak ada pertuduhan dirangkakan kecuali, jika pada pendapat Mahkamah Tinggi Syariah, satu kegagalan keadilan telah berlaku oleh sebabnya.

(2) Jika Mahkamah Tinggi Syariah berpendapat bahawa kegagalan keadilan telah berlaku kerana ketinggalan merangka pertuduhan, Mahkamah hendaklah memerintahkan perbicaraan baru diadakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.