ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 226. Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu.

Mana-mana orang yang dengan sengaja secara lisan atau bertulis memberi maklumat, keterangan atau pengakuan yang palsu mengenai apa-apa perkara yang mana dia dikehendaki berbuat demikian di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah liable apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.