ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 92. Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa utama, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak lawan, diperiksa-balas, kemudian lagi, jika pemeriksaan dikehendaki oleh pihak yang telah memanggil mereka, diperiksa semula.

(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan-balas mestilah berhubung dengan nyataan-nyataan yang berkaitan, tetapi pemeriksaan-balas tidak perlu dihadkan kepada nyataan-nyataan yang telah diterangkan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah diarahkan kepada penghuraian perkara-perkara yang ada disebutkan di dalam pemeriksaan-balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, suatu perkara baharu dikemukakan di dalam pemeriksaan semula, maka pihak lawan boleh selanjutnya memeriksa-balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama yang selanjutnya atau untuk pemeriksaan-balas yang selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan demikian itu, maka pihak-pihak adalah berhak kepada pemeriksaan-balas dan pemeriksaan semula yang selanjutnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.