ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 65. Laporan Pegawai Penguatkuasa Syariah.

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah disempurnakan tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan sebaik sahaja ia disempurnakan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang Pendakwa telah mengarahkan tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada Pendakwa suatu laporan seperti Borang H dalam Jadual Pertama dengan menyatakan nama-nama pihak, keadaan maklumat dan nama-nama orang yang mengetahui keadaan-keadaan kes itu.

(2) Pendakwa boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya dalam kes-kes dari jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.